Jumaat, 5 Julai 2013

Kata Penguat


KATA PENGUAT
  • PENGUAT HADAPAN ( TERLALU, KURANG, PALING)
    Contoh: terlalu manis (kata adjektif)
  • PENGUAT BELAKANG ( SEKALI, BENAR, NIAN)
    Contoh : (kata adjektif) indah nian
  • PENGUAT BEBAS ( AMAT, SUNGGUH, SANGAT)
    Contoh : I) (kata adjektif) bijak sungguh
    1. sangat cantik (kata adjektif)

Latihan
isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
  1. Kain Marina __________________ labuh.(terlalu/kurang)
  2. Rasa kuah laksa ini _________________ enak. (kurang/ benar)
  3. Pemandangan dari puncak bukit itu indah _____________.(nian/sungguh)
  4. budak perempuan itu baik _____________.(benar/kurang)
  5. “Manis ______________ rasa durian ini,” kata Razali.( sungguh/paling)
  6. Gunung Kinabalu ialah gunung __________________ tinggi di Malaysia.( paling/sekali)
  7. muka Pak Cik Maniam ___________________ cengkung kerana menghidap penyakit batuk kering. ( paling/terlalu)
  8. Adik tidak mahu makan ubat yang diberi oleh emak kerana pahit ________________. (sangat/paling)
  9. Norlaila ___________________ (amat/kurang) kagum melihat pemandangan di air terjun yang indah _____________. (nian/ paling)
  10. Kejadian rompakan itu berlaku __________________ pantas. (kurang/terlalu)
  11. Rasa sayur peria _______________ pahit. (sangat/nian)
  12. Lukisan pada dinding itu _____________berharga. (paling/benar)
  13. Buah fikiran Ai Ling ____________ bernas. (amat/sekali)
  14. Ayah ________________ marah kerana abang pulang lewat. (sangat/ kurang)
  15. Murid lelaki itu _____________ pintar di dalam kelasnya. (paling/sekali)





KATA PERINTAH


KATA PERINTAH (USAH, JANGAN, SILA,JEMPUT, TOLONG, HARAP)

Lengkapkan ayat dengan kata perintah yang betul.
  1. ____________ menangis lagi.
  2. ____________________ hantarkan kuih ini ke rumah Mak Cik Lim.
  3. _________________ bersabar. Majlis akan bermula sebentar lai.
  4. “_________________ petik bunga itu,” tegah Puan Ani.
  5. ________________ bermain di dalam kelas.
  6. _________________ hadir ke majlis makan malam yang akan diadakan esok.
  7. ________________ makan, Pak Cik Lee.
  8. _____________lah masuk ke dalam rumah.
  9. ______________ buang sampah ke dalam tong sampah.
  10. ________________ letakkan pinggan ke dalam bekas yang telah disediakan.

Karangan berita



BATU GAJAH, 2 Mac – Suatu kecelakaan jalan raya telah _____________________(1) antara sebuah kereta dengan sebuah motosikal di ______________________________(2) berhampiran lampu isyarat Jalan Lahat. Penunggang dan  __________________(3) telah terbunuh. Penunggang motosikal tersebut dikenali sebagai Wong Ah Pong manakala pemboncengnya pula dikenali sebagai Lee Teck Chun. Kedua-dua mereka _________________ (4) 30 tahun. Mereka berasal dari Pusing. Kedua-dua pemuda itu dalam ____________________________(5) menuju ke Ipoh. Kejadian itu berlaku pada pukul 5.00 petang.Motosikal yang ditunggangi oleh mereka mengalami _________________(6) teruk.

Pemandu kereta itu seorang wanita yang bernama Puan Laili. Dia  tidak mengalami _______________________(7) yang parah. Puan Laili berasa sungguh ____________________(8). Kecelakaan itu berlaku kerana ________________________(9) motosikal itu tidak berfungsi dengan baik dan jalan raya pula _________________________(10) selepas hujan. Menurut seorang saksi, penunggang motosikal itu ___________________(11) memberhentikan motosikalnya lalu bertembung dengan kereta tersebut.

Kecelakaan ini telah menyebabkan _____________________________(12) lalu lintas selama lebih daripada tiga puluh minit. Bagaimana pun, pihak polis telah berjaya mengawal keadaan itu.