Jumaat, 5 Julai 2013

Kata bantu


KATA BANTU (telah, akan, hendak, dapat, sedang,belum, pernah, masih,)
isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

  1. Ayah _____________ dinaikkan pangkat pada awal tahun lalu.
  2. Kakak ____________ menghadiri temuduga esok.
  3. Nenek ______________ ke pasar semasa saya datang ke rumahnya.
  4. Alia _______________ menjawab soalan Matematik yang susah itu.
  5. Datuk ___________________ menyirat jala semasa saya sampai di rumahnya.
  6. Ayah _____________ ke sana sebentar lagi.
  7. Rombongan dari Pahang ______________ sampai sejak beberapa hari yang lalu.
  8. “Sesiapa yang ___________________ mengikut rombongan ke Kuala Lumpur, hendaklah menulis nama di sini,” kata Cikgu Adam.
  9. Arina terpegun melihat keindahan pemandangan di Putrajaya kerana dia tidak ___________ ke sana.
  10. Chong Wen _______________ mengulang kaji pelajaran walau pun hari sudah larut malam.
  11. Kereta api menuju ke utara ________________ bertolak setengah jam yang lalu.
  12. Guru besar ______________menyampaikan ucapannya bersempena dengan hari kanak-kanak semalam.
  13. Jin Sin ___________________ pergi ke rumah kawannya pada petang ini.
  14. Adila belum __________________ pergi ke Negeri Sarawak.
  15. Adik saya ____________________ menjadi johan dalam pertandingan bercerita.

Tiada ulasan: