Jumaat, 5 Julai 2013

Kata Arah



Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
  1. Semasa hari hujan, ramai penunggang motosikal berteduh di ______________ jejambat. (bawah/atas)
  2. Pemain bola sepak yang cedera itu terpaksa diusung ke ________________ padang untuk diberi rawatan. (luar/sisi)
  3. Sesampai sahaja di rumahnya, kami melihat sebidang tikar mengkuang yang sangat cantik terbentang di __________________ lantai. (atas/puncak)
  4. Abang Hanif akan melanjutkan pelajaran ke _________________ negara. (luar/tepi)
  5. Rumah contoh di _________________ jalan itu sungguh cantik. (tepi/tengah)
  6. Di _____________________ rumah nenek terdapat sebuah reban ayam.( belakang/ antara)
  7. Geok Hui menuang air sirap ke ____________________ gelas. (dalam/hadapan)
  8. ____________________ majalah itu ada peraduan teka silang kata. ( Luar/ Dalam)
  9. Pengadil perlawanan hoki itu berjalan menuju ke ___________________ padang untuk memulakan perlawanan. (sudut/tengah)
  10. Negeri Perlis terletak di ___________________ Semenanjung Malaysia. ( utara/selatan)
  11. Ketua pengawas sedang menaikkan bendera itu hingga ke _______________ tiang. (puncak/penjuru)
  12. Pak Ali mendayung sampannya perlahan-lahan hingga ke __________________ sungai untuk menjala ikan. (dasar/hulu)
  13. Kemalangan itu berlaku di _____________________ pejabat pos. (penjuru/hadapan)
  14. Klinik Anop terletak di ___________________ bank dan kedai menjual barangan bayi. ( sebelah/pinggir)
  15. Dia meletakkan bakul sampah itu di ______________ lima buah meja. ( antara/ utara)

Tiada ulasan: