Jumaat, 5 Julai 2013

Kata Tanya


 KATA TANYA
( SIAPA, BERAPA, BAGAIMANA, DI MANA, MENGAPA, BILA, KENAPA, APA)
  • perlu diletakkan -KAH apabila di hadapan ayat. Contoh : siapakah nama kamu?
  • Tidak perlu diletakkan -KAH apabila di akhir ayat. Contoh: Nama kamu siapa?
LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

  1. _________________ pertandingan robotik itu akan berlangsung?
  2. _________________ mereka tidak dibenarkan masuk?
  3. _________________ pertandingan bercerita tahun enam akan diadakan?
  4. _________________ harga sepasang baju kemeja ini?
  5. _________________ yang sedang dilakukan oleh kakak?
  6. _________________ keadaan ibu awak sekarang?
  7. _________________ orang ramai berkerumun di tepi jalan itu?
  8. _________________ Taukeh Wong menggunakan dekak-dekak?
  9. Kanak-kanak yang bermain di taman itu anak _____________?
  10. ________________ perasaan anda sekarang?
  11. Rupa anak Puan Lee ___________________?
  12. Rumah Rosmah terletak ________________?
  13. Adik awak berusia ______________ tahun?
  14. ____________________ Encik Alim akan pulang dari Amerika?
  15. __________________ jumlah peserta yang menyertai perkhemahan itu?



Tiada ulasan: